Kamis, 19 Agustus 2010

QIRAAT

PENGENALAN
Ilmu Qiraat dianggap asing oleh masyarakat Melayu kerana ia tidak dimasyhurkan di negara kita, sedangkan ia berkembang luas pada zaman Rasulullah SAW. dan selepasnya. Sebenarnya ia bukan suatu ilmu yang asing bagi umat Islam di Malaysia, bahkan Al-Quran yang dibaca sekarang adalah Qiraat, tetapi masyarakat kita tidak mengetahuinya. Sebagaimana Al-Quran dan Qiraat adalah suatu kombinasi yang tidak dapat dipisahkan, begitu juga pada ilmu Tajwid. Ini bermakna Al-Quran itu adalah Qiraat dan Tajwid itu adalah Al-Quran. Maksudnya jika seseorang itu membaca Al-Quran tanpa bertajwid ia tidak dinamakan Al-Quran, juga tidak menjadi suatu ibadat, bahkan ia berdosa di sisi syarak.
Firman Allah SWT,
ِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا
“Bacalah Al-Quran dengan murattal (bertajwid dan menyebut hurufnya dengan baik).”(al-Muzammil: 4)
Penulisan ini bertujuan untuk mengemukakan kajian ringkas mengenai qiraat, sejarahnya dan pengamalan di kalangan umat Islam.
AL-QURAN DITURUNKAN TUJUH HURUF
Al-Quran adalah satu mukjizat yang tersebar dan teragung yang diturunkan dalam bahasa Arab dalam tujuh huruf. Banyak hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat mengenai Al-Quran diturunkan dalam tujuh huruf dan hadith tersebut adalah mutawatir, di antaranya yang berpendapat demikian ialah Abu ‘Ubayd al-Qasim bin Salam sebagaimana yang disebutkan oleh al-Suyuti di dalam kitabnya. Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya Al-Quran ini diturunkan atas tujuh huruf, maka bacalah kamu mana yang mudah daripadanya.”(HR Bukhari dan Muslim).
Para ulama berbeza pendapat mengenai Al-Quran diturunkan dengan tujuh huruf, iaitu:-
i. Ada pendapat yang mengatakan Al-Quran itu diturunkan dalam tujuh bahasa dari tujuh bangsa selain bangsa Arab. Pendapat ini didasarkan wujudnya kalimat-kalimat yang bukan dari bahasa Arab dalam Al-Quran seperti ‘Sirat’ (Rome), ‘Istabraqen’ (Yunani), ‘Sijjil’(Parsi), ‘Haunaan’(Siryani).
ii. Pendapat yang mengatakan Al-Quran itu diturunkan dengan tujuh jenis qiraat (bacaan) tetapi pendapat ini adalah lemah.
iii. Pendapat ketiga menyatakan yang dimaksudkan tujuh huruf tersebut ialah tujuh bahasa kabilah Arab yang masyhur di waktu itu tetapi apabila Islam menjadi teguh, hanya bahasa Arab Quraysyi sahaja yang digunakan.
Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT kepada al-Rasul melalui perantaraan Jibril a.s. Beliau menerima cara bacaan yang betul daripada Jibril mengikut kehendak Allah SWT. Setelah itu Rasulullah SAW mengajarkan Al-Quran kepada para sahabat sebagaimana yang diajar oleh Jibril kepadanya. Malaikat Jibril sendiri mengajar Al-Quran kepada Rasulullah SAW dengan ‘Tujuh Huruf’. Berkaitan dengan itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Malaikat Jibril membacakan Al-Quran kepadaku dengan satu huruf, maka aku sentiasa mengulang-ulanginya. Aku juga sentiasa meminta kepada Jibril agar menambahkannya lagi, sehingga akhirnya ia menambahkannya sampai menjadi 7 huruf.” (Riwayat Syaikan).
PENGERTIAN ‘TUJUH HURUF’ MENGIKUT PANDANGAN ULAMA
Sab’atu bererti tujuh dan Ahruf adalah jama’ daripada perkataan huruf yang ertinya beberapa huruf . Di samping itu harf bererti wajah dan lain-lain. Secara harfiah Sab’atu Ahruf bererti tujuh huruf atau tujuh wajah.
Para ulama berselisih pendapat mengenai makna tujuh huruf sehingga 40 pendapat. Pendapat ini boleh diambil iktibar dan pengajaran antaranya;
i. Cegah, suruh, halal, haram, peringatan, perbandingan dan hujah.
ii. Balasan baik dan buruk, halal, haram, peringatan, perbandingan dan hujah.
iii. 7 bahasa iaitu Quraisy, Yaman, Jarham, Hairizam, Qurdaah, Al-Tamim dan Ther.
iv. 7 Qiraat sahabat iaitu Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali, Ibn Mas’ud, Ibn ‘Abbas dan Ubay bin Ka’ab.
v. Zahir, batin, fardu, sunat, khusus, umum, pemisahan dan perbandingan.
vi. Depan, akhir, faraid, hudud, peringatan, mutasyabihah dan perbandingan.
vii. Suruhan, larangan, akad (jual beli), ilmu, rahsia, zahir dan batin.
viii. Hamzah, imalah, baris atas, baris bawah, tebal, panjang dan pendek.
ix. Suruhan, larangan, berita gembira, peringatan, perkhabaran, perbandingan.
Manakala mengikut Ibnu Hayyan, beliau mengatakan Ahli ilmuwan berbeza pendapat tentang makna  tujuh huruf menjadi 35 pendapat . Di antara pendapat yang paling mendekati kebenaran ialah;
i. Tujuh macam bahasa daripada bahasa-bahasa Arab yang mempunyai satu erti atau makna bagi bahasa Quraisyi, Huzail, Saqif, Hawazin, Kinanah, Tamim dan Yaman;
ii. Tujuh macam bahasa daripada bahasa-bahasa Arab dengan mana Al-Quran diturunkan.
iii. Tujuh wajah amr(perintah), nahyu (larangan), wa’d (janji) ‘ wa’id (ancaman), ‘jadal (perdebatan); atau Qasas (cerita) dan masal (perumpamaan) atau amr, nahyu, halal, haram, muhkam, mutashabih, dan amsal;
iv. Tujuh huruf adalah tujuh macam hal yang di dalamnya terjadi ikhtilaf (perbezaan) iaitu Ikhtilaf al-asma’ (perbezaan Kata benda) dalam bentuk mufrad, muzakkar dan cabang-cabangnya seperti tasniyah jamak dan ta’nis; Perbezaan dalam segi I’rabb (harakat akhir kata); Perbezaan dalam tasrif; Perbezaan dalam takdim (mendahulukan) dan ta’khir (mengakhirkan); Perbezaan dalam segi ibdal (penggantian) baik pengertian huruf dengan huruf; Perbezaan kerana ada penambahan dan pengurangan ikhtilaf (ziadah); dan Perbezaan lahjah seperti bacaan tafkim (menebalkan) dan tarqiq (menipiskan) fathah dan imalah, izhar dan idgham, hamzah dan tashil, isymam dan sebagainya;
v. Bukan pengertian harfiah tetapi lebih kepada isyarat lambing kesempurnaan bahasa Arab, kerana lafaz ‘Sab’ah’ digunakan untuk jumlah yang banyak bilangan satuan seperti ‘70’ dalam bilangan puluhan, ‘700’ dalam bilangan ratusan dan bukannya bilangan 1 hingga 10. Kata ‘Sab’ah’ bukan ditujukan pada bilangan tertentu.
vi. Tujuh huruf bermakna Qiraat Tujuh.
Imam Sayuti mengatakan Ibnu Jazari mengemukakan pendapat tentang Sab’atu Ahruf ialah Quran diturunkan dengan tujuh macam bahasa dan tujuh ajaran, tetapi pendapat tersebut tidak sahih .
Pendapat yang paling masyhur mengenai pentafsiran Sab’atu Ahruf adalah pendapat Ar- Razi dikuatkan oleh Az-Zarkani dan didukung oleh jumhur ulama. Perbezaan yang berkisar pada tujuh wajah;
i. Perbezaan pada bentuk isim , antara mufrad, tasniah, jamak muzakkar atau mu’annath. Contohnya,
وَالَّذِينَ هُمْ لأمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ (Al-Mukminun: 8)
Lafaz bergaris dibaca secara jamak لأمَانَاتِهِمْ dan mufrad لأمَانتِهِمْ.
ii) Perbezaan bentuk fi’il madhi , mudhari’ atau amar. Contohnya,
فَقَالُوا رَبَّنَا بَاعِدْ بَيْنَ أَسْفَارِنَاٍ (Saba’ : 19)
Sebahagian qiraat membaca lafaz ‘rabbana’ dengan rabbuna, dan dalam kedudukan yang lain lafaz ‘ba’idu’ dengan ‘ba’ada’.
iii) Perbezaan dalam bentuk ‘irab. Contoh, lafaz إِذَا تَبَايَعْتُمْ وَلا يُضَارَّ كَاتِبٌ (Al-Baqarah: 282) dibaca dengan disukunkan huruf ‘ra’ sedangkan yang lain membaca dengan fathah.
iv) Mendahulukan (taqdim) dan mengakhirkan (ta’khir). Contoh,
وَجَاءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَق (Surah Qaf: 19) dibaca dengan didahulukan ‘al-haq’ dan diakhirkan ‘al-maut’, وَجَاءَتْ سَكْرَةُالْحَق بِالْمَوْتِ . Qiraat ini dianggap lemah.
v) Perbezaan dalam menambah dan mengurangi. Contoh ayat 3, Surah al-Lail,
وَمَا خَلَقَالذَّكَرَ وَالأنْثَى
Ada qiraat yang membuang lafaz ‘ma kholaqo’(bergaris).
vi) Perbezaan ibdal (ganti huruf). Contoh, kalimah ‘nunsyizuha’ dalam ayat 259 Surah al-Baqarah dibaca dengan ‘nunsyiruha’ (‘zai’ diibdalkan dengan huruf ‘ra’).
vii) Perbezaan lahjah seperti dalam masalah imalah, tarqiq, tafkhim, izhar, idgham dan sebagainya. Perkataan ‘wadduha’ dibaca dengan fathah dan ada yang membaca dengan imalah (teleng) dengan bunyi ‘wadduhe’ (sebutan antara fathah dan kasrah).
Pendapat yang paling rajih dari semua pendapat di atas adalah yang mengatakan tujuh huruf sebagai tujuh macam bahasa daripada bahasa-bahasa Arab yang mempunyai satu erti atau makna. Pendapat ini dipegang oleh Sufyan bin ‘Uyainah, Ibnu Jarir, Ibnu wahb dan lain-lain.
Ibn Abdil Barr menisbahkan pendapat ini kepada sebahagian besar ulama dan dalilnya terdapat dalam hadis Abu Bakrah; “Jibril mengatakan: “Wahai Muhammad , bacalah Quran dengan satu huruf.” Lalu Mikail mengatakan: ‘Tambahkan’ “Jibril berkata lagi .” Dengan dua huruf!” Jibril terus menambahnya hingga sampai enam atau tujuh huruf. Lalu ia berkata : “ semua itu ubat penawar yang memadai, selama ayat azab tidak ditutup dengan ayat rahmat , dan ayat rahmat tidak ditutup dengan ayat azab . Seperti kata-kata :halumma, ta’ala, izhab, aqbil, asra’ dan ‘ajal.’“ Ibn ‘Abdil Barri menyebut: “ Maksud hadis ini hanyalah sebagai contoh bagi huruf-huruf yang dengannya Al-Quran diturunkan . Ketujuh huruf itu mempunyai makna yang sama pengertiannya, tetapi berbeza di segi bunyi ucapannya. Tidak satu pun di antaranya yang mempunyai makna yang saling berlawanan atau satu sudut yang berbeza makna dari sudut lain secara berlawanan . Misal rahmat lawan dari azab . Pendapat pertama ini disokong oleh banyak hadis lain.
HIKMAH DITURUNKAN DENGAN TUJUH HURUF
Hikmah di sebalik Allah menurunkan Al-Quran dengan tujuh huruf ialah untuk memudahkan umat Islam membacanya , sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan tujuh huruf, maka bacalah ia dengan bacaan yang mudah daripadanya.”
Dalam hadis riwayat Muslim juga diterima menerusi Ubay, beliau bersabda yang bermaksud, “Wahai Ubai! Aku diperintahkan agar membacakan Al-Quran dengan satu huruf, maka aku memohon kepada malaikat Jibril agar diberi kemudahan bagi umatku dan dia menjawab agar aku membacanya dengan dua huruf . Aku masih mengulangi lagi permintaan agar diberi lagi keringanan untuk umatku . Maka dia menjawab untuk yang ketiga kalinya . “ Bacalah Al-Quran itu dengan tujuh huruf.”
Oleh itu bacaan Al-Quran tujuh huruf itu bukanlah rekaan atau ciptaan Nabi Muhammad SAW, tetapi malaikat Jibril yang mengajarnya mengikut kesesuaian perintah Allah, Rasulullah SAW diperintahkan supaya tidak tergesa-gesa bila membaca Al-Quran tetapi dikehendaki setelah sempurna diwahyukan dan ikut cara Jibril membacanya. Rasulullah SAW juga dilarang oleh Allah meniru Jibril membaca ayat dari ayat sebelum Jibril a.s selesai membacakannya agar baginda dapat menghafal dan memahaminya dengan betul setiap ayat yang diturunkan.
Allah SWT berfirman :
وَلا تَعْجَلْ بِالْقُرْآنِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُقْضَى إِلَيْكَ وَحْيُهُ
Ertinya : “ Dan jangan lah kamu tergesa gesa dalam membaca Al-Quran
Sebelum disempurnakan mewahyukannya .” (Taha: 114)
FirmanNya lagi:
فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ
Ertinya “ Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaannya. (Al-Qiamah: 18).
TUJUH HURUF DAN KAITANNYA DENGAN MASHAF ‘UTHMANI
Mashaf ‘Uthmani adalah mashaf yang dicatat dan disempurnakan pada zaman Khalifah ‘Uthman ibn ‘Affan yang digunakan pada hari ini. Menurut jumhur ulama, mashaf ini berjumlah 6 buah yang mencakupi ‘Tujuh Huruf’. Sebagai contoh, (bahasa Yaman), (bahasa Yaman), (bahasa Hawazin), (bahasa Abbas) dan lain-lain yang terdapat dalam al-Quran resam ‘Uthmani.
QIRAAT DAN PERBAHASAN MENGENAINYA
1. Pengertian
Qiraat adalah bentuk masdar daripada qara’a atau jamak daripada qiraah yang ertinya bacaan. Menurut istilah ilmiah, qiraat adalah satu mazhab(aliran) pengucapan Al-Quran yang dipilih oleh salah seorang Imam qurra’ sebagai suatu mazhab yang berbeza dengan mazhab lainnya. Dengan kata yang lain ia membawa maksud perbezaan-perbezaan dalam membaca Al-Quran, iaitu perbezaan lafaz-lafaz Al-Quran mengenai huruf-huruf dan cara mengucapkannya di segi tebal atau nipis, panjang pendeknya dan sebagainya.
Muhammad Abdul Azim Az-Zarqani mengatakan: “Qiraat ialah suatu mazhab yang dipilih oleh imam qiraat yang mana antara satu dengan lainnya tidak sama dalam menuturkan Al-Quran.”
Muhammad Salam Muhsin mengatakan: “Qiraat adalah satu ilmu yang membahaskan tentang cara pertuturan kalimat-kalimat Al-Quran serta cara pelaksanaannya dengan menisbahkan setiap wajahnya kepada seorang Imam pakar qiraat.”
Muhammad ‘Ali Shabuni mengatakan: “Qiraat ialah suatu cara daripada beberapa cara mengucapkan Al-Quran yang masing­-masing imam itu memilih satu cara yang berbeza dengan yang lainnya dalam mengucapkan Al-Quran.”
Definisi tersebut di atas, dapatlah kita simpulkan qiraat adalah suatu ilmu pengetahuan mengenai cara melafazkan Al-Quran secara praktikal dengan pengucapannya yang baik, sama ada disepakati atau diperselisihkan kesahihannya dengan berpandukan pada mazhab-mazhab yang diakui sanadnya hingga sampai kepada Rasulullah SAW. Qiraat yang dianggap mutawatir dalam pembacaan Al-Quran adalah Qiraat Sab’ah atau Qiraat Tujuh. Sebahagian orang menyangka bahawa qiraat atau macam-macam bacaan Al-Quran tersebut direka oleh Rasulullah SAW atau oleh para sahabat dan para tabiin. Tidak kurang juga yang membuat andaian ianya dibuat oleh pakar Al-Quran yang dipengaruhi oleh kabilah-kabilah Arab atau bangsa ‘Ajam (bukan Arab) yang Islam. Anggapan tersebut adalah tidak benar berdasarkan riwayat puluhan hadis sahih menerangkan pelbagai bacaan semenjak Al-Quran diturunkan. Kesemua bacaan yang diriwayatkan oleh ketujuh-tujuh imam itu telah diakui dan disepakati oleh para ulama sebagai sahih dari Rasulullah SAW yang dikenali dengan Qiraat Sab’ah atau Qiraat Tujuh. Beberapa kitab ulum Al-Quran menyebut tentang qiraat tujuh yang dianggap mutawatir oleh jumhur ulama.
Ibnu Subki mengatakan pula: “Qiraat tujuh dipandang mutawatir dengan sebenar-benarnya, yakni yang dinukilkan daripada Rasulullah SAW oleh suatu jemaah yang diyakini mereka tidak mungkin berdusta.”
Para ulama bersepakat tentang kemutawatiran qiraat tujuh ini. Oleh kerana itu umat Islam wajib mempercayai dan tidak boleh menolak kebenaran qiraat tujuh ini, yang telah dibawa oleh orang-orang kepercayaan dengan sanad yang bersambung terus kepada Rasulullah SAW. Al-Qadhi Jalaluddin Al-­Balqini yang menyifatkan qiraat tujuh sebagai mutawatir lagi masyhur, katanya: “Qiraat itu terbahagi menjadi qiraat mutawatir, ahad dan syaz. Adapun qiraat yang mutawatir adalah qiraat tujuh.”
2. Perkembangan Ilmu Qiraat
Di peringkat awal Al-Quran hanya diturunkan dalam satu huruf sahaja, akan tetapi Rasulullah SAW mendesak malaikat Jibril agar ditambah lagi, supaya umatnya tidak menghadapi masalah dan kesusahan dalam membaca Al-Quran dan memilih mana-mana bacaan yang mudah. Lalu Jibril pun menambahnya sehingga tujuh huruf.
Ilmu qiraat adalah sebahagian daripada ulum Quran atau ilmu-ilmu tentang Al-Quran yang membicarakan kaedah membaca Al-Quran. Ilmu disandarkan kepada Imam periwayat dan pengembangnya yang sanadnya bersambung sampai kepada Rasulullah SAW. Cara pengambilan ilmu ini adalah secara ‘talaqi’ iaitu berdepan dengan guru dengan memperhatikan bentuk mulut, lidah dan bibir guru ketika melafazkan ayat-ayat Al-Quran. Manakala mashaf resam ‘Uthmani hanyalah sebagai rujukan semata.
Oleh sebab itulah Khalifah ‘Uthman sewaktu mengirimkan Mashaf ke wilayah, menghantar pula seorang qari yang qiraatnya bersesuaian dengan mashaf yang dikirimkannya. Mereka yang dihantar terdiri daripada sahabat­-sahabat yang arif tentang bacaan Al-Quran oleh Rasulullah SAW. Di antara para sahabat tersebut ada yang menerima terus daripada Nabi hanya satu bacaan sahaja, ada pula yang menerima dua bacaan, tiga bacaan dan bahkan ada yang menerima lebih daripada itu dan kemudian mereka mengajarkan bacaan yang diterimanya tadi kepada orang yang belajar. Oleh kerana itu,wajarlah kalau timbul perbezaan qiraat pada generasi tabiin dan generasi penerusnya dan apabila sampai kepada imam-imam qiraat yang tujuh itu, orang mulai membatasi qiraat.
Di zaman sahabat, para qari dan huffaz yang terkenal adalah ‘Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ubay bin Ka’ab, Zaid bin Thabit, Ibnu Mas’ud, Abu Darda’ dan Abu Musa Al-Asy’ari. Merekalah yang dihantar oleh Khalifah ‘Uthman ke wilayah Islam bersama mashaf ‘Uthmani yang telah disediakan. Hasil didikan para qari zaman sahabat, muncullah pakar-pakar qiraat generasi tabiin, di serata wilayah Islam di antaranya:
Ø Di Mekah - Qari-Qari’ yang tinggal di Mekah antaranya ialah Ubaid bin Umair, Atak Tawus, Mujahid, Ikrimah dan Ibnu Malikah
Ø Di Madinah - Qari-Qari yang tinggal di Madinah antaranya ialah Ibnu Musayyab, Urwah, Salim, Umar bin Abdul Aziz, Sulaiman, Ibnu Yasar, Mu’ad bin Haris (Mu’ad AI-Qari’), Abdurrahman bin Hurmuz, Ibnu AI-A’raj, Muslim bin Jundub dan Sa’id bin Aslam.
Ø Di Basrah terdapat para qari masyhur antaranya Amir bin Abdul Qais, Abu ‘Aliyah, Abu Raja’, Nasr bin Ashim, Yahya bin Ya’mar, Mu’adz, Jabir bin Zaid, Al-Hasan Ibnu Sirin dan Qatadah.
Ø Di Kufah - Di kota Kufah pula terdapatqari-’qari’ antaranya Al-Qamah, AI-Aswad, Masruq, Ubaid, Amr bin Syarkhabil, Al-Haris bin Qais, Rabi’ bin Khatim, ‘Amru b. Maimun, Abdurrahman Assulami, Zar bin Khubais, Ubaid bin Mudhailah, Abu Zar’ah dan Ibnu Asy-Sya’bi.
Ø Di Syam - terdapat juga ramai qari yang mahir antaranya AI-Mughirah bin Abi Syaibah Almakhzumi. Beliau termasuk salah seorang murid ‘Uthman bin Affan. Khalid bin Sa’id, salah seorang murid Abu Darda’.
Hasil didikan daripada generasi tabiin, maka ramailah orang yang cenderung dan berminat serta prihatin tentang qiraat. Mereka menumpukan perhatian terhadap ilmu qiraat, sehingga di beberapa kota besar terdapat pula pakar-pakar qiraat dari generasi ini. Umpamanya di Mekah terdapat Imam Ibnu Kathir, yang menjadi salah seorang imam qiraat. Hamid bin Qais Al-A’raj dan Muhammad bin Muhaisin. Di Madinah pula terdapat nama-nama seperti Abu Jaafar Yazid bin Yakkub, Syaibah bin An-Nasah dan Nafi’ bin Nu’im (salah seorang imam qiraat). Di Kufah nama-nama yang termasyhur adalah Yahya bin Wathab, ‘Asim bin Abi Nujdud, Hamzah dan Kisa’i. Tiga nama yang terakhir itu termasuk imam Qiraat yang tujuh. Manakala para qari yang tinggal di Basrah ialah Abdullah bin Abu Ishak, Isa bin Umar, Abu Amir bin Al-A’la (salah seorang imam qiraat), Asim bin Jahdari dan Yakkub bin Al-Hadrami. Di Syam pula tercatat nama-nama yang masyhur antaranya Abdullah bin Amir (salah seorang imam qiraat), Atiyah bin Qais Al-Kilabi, Ismail bin Abdullah bin Muhajir, Yahya bin Haris dan Syuraikh bin Yazid Al-Hadrami.
Melalui perkembangan ilmu qiraat yang pesat, lahirlah pelbagai bentuk bacaan yang semuanya bersumber daripada Rasulullah SAW. Hal ini boleh jadi disebabkan pendapat mereka dalam memahami maksud sabda Rasulullah SAW yang mengatakan Al-Quran itu diturunkan dalam tujuh huruf. Jadi masing-masing pembawa qiraat mendakwa qiraatnya berasal dari Rasulullah SAW, kerana ketika itu belum dirumuskan dan belum dipastikan bacaan mana yang betul-betul daripada Rasulullah SAW. Sehubungan dengan itu para ulama segera mengadakan kajian dan penelitian terhadap setiap bentuk qiraat kemudian membandingkannya bacaan mana yang dianggap betul. Lalu mereka merumuskan tiga syarat bagi setiap qiraat yang dianggap betul daripada Rasulullah SAW:-.
v Sanadnya Yang Sahih - suatu bacaan dianggap sahih sanadnya apabila ia diterima daripada salah seorang imam atau guru yang jelas, tertib, tidak ada cacat dan sanadnya bersambung hingga kepada Rasulullah SAW.
v Sesuai Dengan Resam ‘Uthmani - suatu qiraat dianggap sahih apabila sesuai dengan salah satu Mashaf ‘Uthmani yang dikirimkan ke wilayah Islam kerana ia mencakupi sab’atu ahruf.
v Sesuai dengan tata bahasa Arab - syarat terakhir ini tidak berlaku sepenuhnya, sebab ada sebahagian bacaan yang tidak sesuai dengan tata bahasa Arab, namun kerana sanadnya sahih dan mutawatir maka qiraatnya dianggap sahih.
3. Pembukuan Ilmu Qiraat
Ilmu qiraat semakin maju sejajar dengan ilmu-ilmu yang lain disebabkan perkembangan dunia umumnya dan dunia Islam khususnya semakin maju. Ilmu-ilmu yang dulunya diwarisi secara mulut ke mulut mulai dibukukan untuk menjadi tatapan generasi mendatang termasuklah ilmu qiraat mulai ditulis dan dibukukan. Sejarah mencatatkan Abu Ubaid Al-Qasim bin Salam, Abu Khatim As-Sajistani, Abu Jaafar At-Tabari dan Ismail Al-Qadhi adalah antara para ulama qiraat yang mula-mula merintis pembukuan ilmu Qiraat Al-Quran. Melalui pembukuan tersebut, para ilmuwan terkemudian dapat membuat kajian dan kemudiannya mereka telah mengemaskinikan pembukuan ilmu qiraat untuk lebih diminati ramai. Di antara mereka ada yang menyusunnya dalam bentuk prosa dan ada pula yang berbentuk syair agar mudah dihafal. Orang yang terbabit dengan usaha tersebut antaranya ialah Imam Ad-Dani dan Al-Syatibi.
Pada peringkat awal pembukuan ilmu qiraat yang dirintis oleh Ibnu Ubaid Al-Qasim, Abu Khatim As-Sajistani, Abu Ja’afar dan para imam tersebut di atas, istilah qiraat tujuh belum timbul. Pada peringkat ini, mereka hanya mengangkat sejumlah qiraat yang banyak ke dalam karangan ­ mereka. Hanya pada abad kedua Hijrah orang mulai tertarik kepada qiraat atau bacaan beberapa imam yang mereka kenali. Umpamanya di Basrah orang tertarik terhadap qiraat Imam ‘Amr bin Yakkub. Sementara di Kufah, orang ramai tertarik pada bacaan Hamzah dan ‘Asim. Di Syam orang tertarik pada qiraat Ibnu ‘Amir. Di Mekah pula ramai orang tertarik pada qiraat Ibnu Kathir manakala di Madinah orang tertarik pada qiraat Imam Nafi’. Di penghujung abad ketiga Hijrah, Ibnu Mujahid mencetuskan istilah Qiraah Sab’ah atau Qiraat Tujuh, dimaksudkan kepada tujuh macam qiraat yang dipopularkan oleh tujuh imam qiraat tersebut. Namun Ibnu Mujahid tidak memasukkan Imam Yakkub ke dalam senarai para Imam yang tujuh. Sebagai pelengkapnya, beliau memasukkan ‘Ali Kisa’i salah seorang pakar qiraat dari Kufah untuk menggantikan nama Yakkub. Maka daripada situlah bermulanya muncul sebutan Qiraat Sab’ah.
Persoalan timbul mengapakah diadakan pembatasan hanya tujuh or­ang imam qiraat sahaja? Padahal selain mereka itu masih ramai lagi imam qiraat yang setaraf dengan mereka. Menurut Al-Makki, kerana perawi daripada Imam-imam tersebut terlalu ramai dan minat orang mulai berkurangan, mereka (para perawi) mulai membatasi diri hanya pada qiraat yang sesuai dengan mashaf yang mudah dihafal dan mudah menurut bacaan Al-Quran. Di samping itu mereka adalah terdiri daripada orang-orang yang dikenali boleh dipercayai, jujur, lama dalam menekuni qiraat dan qiraatnya pun disepakati untuk dijadikan rujukan. Setelah itu, para perawi tersebut memilih satu imam qiraat dari setiap daerah. Walau demikian, mereka tidak meninggalkan periwayat selain tujuh imam qiraat tersebut, seperti qiraat Yakkub, qiraat Abu Ja’afar, qiraat Syaibah dan lain-lain. Periwayat-periwayat imam tujuh yang masyhur
ialah:
  • Qalun dan Warsy, meriwayatkan daripada Imam Nafi.’
  • Qambul dan Al-Bazzi, meriwayatkan qiraat daripada Ibnu Kathir.
  • Ad-Duri dan Susi, meriwayatkan qiraat dari Imam Abu Amr.
  • Syukbah dan Hafas, meriwayatkan qiraat dari Imam Asim.
  • Kholafi dan Khollad, meriwayatkan qiraat dari Imam Hamzah.
  • Hisyam dan Dzakwan, meriwayatkan qiraat dari Imam Ibnu Amir.
  • Abdul Haris dan Duri meriwayatkan qiraat dari Imam Ali Kisa’i.
Bacaan imam tujuh dipopularkan oleh para perawi yang tertarik terhadap bacaan masing­-masing. Jumlah para perawi bagi setiap imam adalah banyak, tetapi dalam pembukuan ilmu Qiraat hanya dua orang perawi terkenal sahaja yang digandingkan dengan setiap imam. Dengan demikian masing­-masing imam qiraat itu ada dua orang perawi di belakangnya yang menyebar luaskan qiraatnya.
4. Peringkat Qiraat Al-Quran
Para ulama pakar qiraat telah berusaha sedaya upaya menyelamatkan ilmu qiraat Al-Quran daripada hilang atau dipalsukan. Mereka benar-benar meneliti kesahihan sanad qiraat tersebut daripada hal-hal yang lain untuk menerima suatu bacaan. Kalau diketahui sanadnya betul-betul bersambung kepada Nabi, tidak meragukan dan dibawa oleh orang yang dipercayai pula mereka terima qiraat tersebut sebagai qiraat yang sahih sekalipun tidak berapa sesuai dengan tata bahasa Arab atau Nahu. Apabila terjadi percanggahan antara qiraat yang sahih dengan kaedah ilmu Nahu, maka ilmu Nahu yang mesti disesuaikan dengan Al-Quran bukan sebaliknya. Sekiranya seorang periwayat qiraat telah menerima riwayatnya dengan jelas dan tanpa cacat, maka qiyas bahasa Arab mahupun kemasyhuran Nahu suatu bahasa tidak boleh menolak atau mengingkari, sebab qiraat Al-Quran sunnah yang mesti diikuti dan wajib di terima.
Berkaitan dengan peringkat qiraat, para ulama telah membahagikan pada enam tingkatan iaitu Qiraat Mutawatir, Qiraat Masyhur, Qiraat Ahad, Qiraat Syaz, Qiraat Maudhu’ dan Qiraat Mudraj.
i) Qiraat Mutawatir
Qiraat Mutawatir adalah qiraat yang diriwayatkan oleh orang ramai yang tidak mungkin mereka berdusta. Para ulama mahupun para ahli hukum Islam telah sepakat bahawa qiraat yang berkedudukan Mutawatir adalah qiraat yang sah dan rasmi sebagai qiraat Al-Quran. Ia sah dibaca di luar dan di waktu solat dan qiraat ini juga yang dijadikan pedoman bagi sumber penetapan hukum.
ii) Qiraat Masyhur
Qiraat masyhur adalah qiraat yang sah sanadnya tetapi tidak sampai pada peringkat Mutawatir, dan sesuai dengan kaedah bahasa Arab serta sesuai pula dengan resam ‘Uthmani. Juga masyhur di kalangan para qurra’ dan tidak terdapat cacat.
Daripada definisi di atas dapat difahami bahawa qiraat yang dianggap masyhur adalah qiraat yang sanadnya sahih tetapi bilangan perawinya tidak sebanyak qiraat Mutawatir. Perawinya memenuhi syarat jujur, adil dan kuat hafalannya. Selain itu juga mesti sesuai dengan kaedah bahasa Arab dan sesuai pula dengan mashaf yang dikumpulkan Khalifah ‘Uthman bin Affan. Namun dalam hal ini ia tidak sampai pada tahap Mutawatir. Qiraat Masyhur ini tidak terdapat cacat sedikit pun dan wajib diakui sebagai Al-Quran dan tidak boleh dimungkiri. Contoh qiraat Masyhur ini adalah qiraat yang dipopularkan oleh Abu Ja’afar bin Qakqak dan Yakkub Al-Hdharami.
*http://alfurqanbbs.wordpress.com

Jumat, 28 Mei 2010

Aku berlindung Allah dari godaan Syaitan yang terkutuk

Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas:

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: "Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku." Rasulullah bersabda: "Tahukah kalian siapa yang memanggil?" Kami menjawab: "Allah dan rasulNya yang lebih tahu". Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya".

Umar bin Khattab berkata: "izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah". Nabi menahannya: "Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, pahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang kakek yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi. Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu para hadirin",
Rasulullah SAW lalu menjawab: "Salam hanya milik Allah SWT. Sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu?" Iblis menjawab: "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemauanku, namun karena terpaksa". "Siapa yang memaksamu? " "Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata: Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawabalah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin".

"Oleh karena itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh".

Orang yang Dibenci Iblis

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?" Iblis segera menjawab: "Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."
"Siapa selanjutnya?" tanya Rasulullah.
"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."
"Lalu siapa lagi?"
"Orang Alim dan wara' (Loyal)"
"Lalu siapa lagi?"
"Orang yang selalu bersuci."
"Siapa lagi?"
"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."
"Apa tanda kesabarannya?"
" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang-orang yang sabar".
"Selanjutnya apa?"
"Orang kaya yang bersyukur"
"Apa tanda kesyukurannya?"
"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya."
"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"
"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."
"Umar bin Khattab?"
"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur."
"Usman bin Affan?"
"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya."
"Ali bin Abi Thalib?"
" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mau melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

Amalan yang Dapat Menyakiti Iblis

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak saalat?"
"Aku merasa panas dingin dan gemetar."
"Kenapa?"
"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 derajat."
"Jika seorang umatku berpuasa?"
"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka."
"Jika ia berhaji?"
"Aku seperti orang gila."
"Jika ia membaca Alquran?"
"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."
"Jika ia bersedekah?"
"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."
"Mengapa bisa begitu?"
"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya. yaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."
"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"
"Suara kuda perang di jalan Allah."
"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"
"Taubat orang yang bertaubat."
"Apa yang dapat membakar hatimu?"
"Istighfar di waktu siang dan malam."
"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"
"Sedekah yang diam - diam."
"Apa yang dapat menusuk matamu?"
"Salat fajar"
"Apa yang dapat memukul kepalamu?"
"Saalat berjamaah."
"Apa yang paling mengganggumu?"
"Majelis para ulama."
"Bagaimana cara makanmu?"
"Dengan tangan kiri dan jariku."
"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"
"Di bawah kuku manusia."

Manusia yang Menjadi Teman Iblis

Nabi lalu bertanya: "Siapa temanmu wahai Iblis?"
"Pemakan riba"
"Siapa sahabatmu?"
"Pezina"
"Siapa teman tidurmu?"
"Pemabuk"
"Siapa tamumu?"
"Pencuri"
"Siapa utusanmu?"
"Tukang sihir"
"Apa yang membuatmu gembira?"
"Bersumpah dengan cerai"
"Siapa kekasihmu?"
"Orang yang meninggalkan salat Jumaat"
"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?"
"Orang yang meninggalkan salatnya dengan sengaja"

Iblis Tidak Berdaya di Hadapan Orang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda: "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu."
Iblis segera menimpali: " tidak, tidak. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau bisa berbahagia dengan umatmu, sementara aku bisa masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak bisa melihatku.
Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang bisa membaca dan tidak bisa membaca, yang durjana dan yang saleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu?"
"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahwa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku bisa pastikan bahwa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

Iblis Dibantu oleh 70.000 anak - anaknya

Tahukah kamu Muhammad, bahwa aku mempunyai 70.000 anak. Dan setiap anak memiliki 70.000 syaithan. Sebagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebagian untuk menggangu anak-anak muda, sebagian untuk menganggu orang-orang tua, sebagian untuk menggangu wanta-wanita tua, sebagian anak-anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada salat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu salat berjamaah.
Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.
Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia beberkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.
Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaithan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaithan juga berkata, "keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaithan pun menghiasi kukunya. Mereka, anak-anakku selalu meyusup dan berubah dari satu kondisi ke kondisi lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.
Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.
Tahukah kamu, Muhammad? bahwa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?
Akulah mahluk pertama yang berdusta.
Pendusta adalah sahabatku. barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.
Tahukah kau Muhammad?
Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahwa aku benar-benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku. Orang yang bersumpah untuk menceraikan istrinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya karena satu kalimat, Cerai.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka mengulur ulur salat. Setiap ia hendak berdiri untuk salat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan salat di luar waktu, maka shalat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia salat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu', ia pun menoleh. Pada saat itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'salatmu tidak sah'. Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam salatnya akan dipukul.

Jika ia salat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Ia pun salat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia salat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.
Kamu tahu bahwa melakukan itu batal salatnya dan wajahnya akan diubah menjadi wajah keledai.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga ia menguap dalam salat.
Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaithan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan ia pun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedangan aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan salat. Aku katakan padanya, "kamu tidak wajib salat, salat hanya wajib untuk orang yang berkecukupan dan sehat. Orang sakit dan miskin tidak. Jika kehidupanmu telah berubah baru kau salat."
Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan salat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari Islam?"

10 Permintaan Iblis kepada Allah SWT

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"
"10 macam"
"Apa saja?"
"Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji setan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)
Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba. Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan istrinya tanpa berlindung dengan Allah. Maka setan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaithan.

Aku minta agar bisa ikut bersama dengan orang yang menaiki kendaraan bukan untuk tujuan yang halal. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.
Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku. Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku. Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaithan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, "silahkan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.
Iblis berkata: "Wahai Muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikan dan menggoda."

Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun. Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.
Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat: "mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT" (QS Hud :118 - 119). Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab: 38)

Iblis lalu berkata: " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin mahluk-mahluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir. Ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."

Diolah oleh Tim Rumah Zakat Indonesia

Selasa, 18 Mei 2010

HADITS KEUTAMAAN AL QUR'AN

Hadits kesatu :
Dari Abu Umamah ra ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Bacalah Al-Quran, karena sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat untuk memberi syafaat kepada pembacanya " [ HR.Muslim ]

Kandungan Hadits :
1) Anjuran untuk banyak membaca Al-qur'an dan tidak menyibukkan diri dengan sesuatu yg dapat melalaikannya
2) Allah SWT menjadikan Al-Qur'an syafaat bagi para pemiliknya. Pemiliknya adalah orang-orang yg dahulu di dunia membaca dan mengamalkannya

Hadits Kedua :
Dari An-Nawwas bin Sam'an ra ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : " Nanti pada hari Kiamat Al-Qur'an akan didatangkan bersama orang yg dahulu mengamalkannya waktu di dunia, di garis terdepan adalah Surat Al-Baqarah dan ALi Imran yg akan membela pembacanya kelak " [ HR.Muslim : 805 ]

Kandungan Hadits :
1) Al-Quran akan memberikan syafaat kepada pembacanya pd Hari Kiamat
2) Ilmu itu harus diikuti amal, jika tidak maka ilmu akan menjadi bumerang bagi pembacanya pada Hari Kiamat
3) Keutamaan membaca Surat Al-Baqarah dan SUrat Ali Imran
4) Penamaan Surat itu berasal dari syariat yg bersifat taufiqiyyah

Hadits Ketiga :
"Dari Utsman bin Affan ra ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Orang yg paling baik diantara kalian adalah yg mempelajari Al-Qur'an dan mengajakannya" [HR.Bukhari]

Kandungan Hadits :
1) Anjuran utk mempelajari Al-Quran, memperhatikan dan mengenal hukum2, Aqidah, sunnatullah yg menimpa umat terdahulu yg terkandung didalamnya, serta apa2 yg Allah perintahkan dan yg Allah larang, karena didalamnya terdapat keberuntungan di dunia dan akhirat
2) Orang yg berilmu seharusnya mengajarkan ilmunya setelah ia mempelajarinya. Dan semua itu akan diberi pahala, tapi yg paling sempurna pahalanya adalah orang yg mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain
3) Orang yg mempelajari Al-Qur'an akan mendapat kemuliaan dan diangkat derajatnya sesuai pengetahuannya
4) Pembaca Al-Quran yg tdk berguru tidak akan mampu membacanya dgn benar sesuai dgn hukum2 ilmu tajwid, dan tdk dapat mengetahui ilmu yg terkandung di dalamnya. Karena semua itu membutuhkan seorang guru, oleh karena itu Nabi SAW menganjurkan utk mempelajari dari para ahlinya dan menganjurkan orang yg mempelajari agar mengajarkannya, yg tentunya hal itu sangat bergantung kepada orang yg mengajarinya.
Sumber : Syarah Riyadhus Shalihin - Hadits No.993
[ Syaikh Salim bin Ied Al-Hilali ]

Hadits Keempat :
"Dari Aisyah ra. ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : " Orang yg membaca Al-Quran dengan mahir bersama para Malaikat yg mulia dan baik, dan orang yg membaca Al-Quran dgn terbata-bata lagi sulit akan mendapat dua pahala " [ Muttafaq Alaih ]

Kandungan Hadits :
1) Orang yg berkesinambungan dalam membaca Al-Quran dan bersungguh-sungguh, kedudukannya lebih tinggi dari orang yg tidak berkesinambungan dalam membacanya.
2) Orang yg membaca Al-Quran dengan sulit mendapat dua pahala; pahala membaca dan pahala kesulitan dalam membacanya.
Sumber : Syarah Riyadhus Shalihin - Hadits No.994
[ Syaikh Salim bin Ied Al-Hilali ]

Hadits Kelima :
"Dari Abu Musa Al-Asy'ari ra, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : " Permisalan orang Mukmin yg membaca Al-Qur'an seperti buah utrujjah; aromanya sedap dan rasanya pun manis. Dan permisalan orang Mukmin yg tidak membaca Al-Qur'an seperti buah kurma; tidak beraroma tapi manis rasanya. Dan permisalan orang munafik yg membaca Al-Qur'an seperti tumbuhan raihanah; aromanya sedap tapi pahit rasanya. Dan permisalan orang munafik yg tidak membaca Al-Qur'an seperti buah Handzalah; tidak beraroma dan rasanya pun pahit" [ Muttafaq Alaih ]

Kandungan Hadits :
1) Iman diidentikkan dengan rasa, sedang membaca Al-Quran diidentikkan dengan aroma, karena iman lebih melekat kepada seorang Mukmin dari Al-Quran, dimana iman dapat dihasilkan tanpa membaca Al-Quran. Demikian pula rasa biasanya lebih melekat kepada sesuatu dari aroma, terkadang aromanya hilang dan rasanya tetap ada.
2) Buah Utrujjah dikhususkan dalam permisalan tersebut bukan buah lain yg aromanya wangi dan rasanya manis seperti apel, karena kulit utrujjah berguna sebagai obat, dan dari bijinya dapat diambil minyak yg mempunyai banyak manfaat, serta manfaat2 lainnya yg bukan disini tempat penyebutannya.
3) Penjelasan mengenai keutamaan orang yg membaca Al-Quran dan mengamalkannya
4) Boleh memberi permisalan agar lebih difahami
5) Membaca AL-Quran harus dibarengi dengan mengamalkannya
6) Orang munafik dan fasik walaupun membaca Al-Quran namun mereka tidak dapat mengambil manfaat darinya, karena mereka orang yg paling jauh dari amal dan mereka biasanya membaca Al-Quran karena ada sebab selain bertaqarrub dan mengambil manfaatnya
Sumber : Syarah Riyadhus Shalihin - Hadits No.995
[ Syaikh Salim bin Ied Al-Hilali ]

Hadits Keenam :
"Dari Umar Bin Khattab ra, Rasulullah SAW bersabda : " Sesungguhnya Allah mengangkat derajat suatu kaum dengan AL-Qur'an dan merendahkan derajat kaum lainnya dengan AL-Qur'an " [ HR.Muslim ]

Kandungan Hadits :
1) Ilmu dapat mengangkat derajat pemiliknya di dunia dan akhirat, dimana hal ini tidak dapat dilakukan oleh kekuasaan, harta dan lainnya
2) Ilmu dpt mengangkat kedudukan hamba sahaya sehingga dapat menduduki kedudukan raja. Hal ini tampak dari asbabul wurud (sebab peristiwa hadits tersebut), dari Amir bin Watsilah bahwa Nafi' bin Abdul Harits - yg diangkat oleh Umar ra sbg Gubernur Makkah- bertemu Umar ra di daerah 'Usfan. Lalu Umar berkata kepadanya : "Siapa yg kamu angkat utk menggantikanmu di Makkah?" Ia menjawab: "Ibnu Abza" . Umar berkata : "Siapakah Ibnu Abza itu?" Ia menjawab : "Salah seorang maula(hamba sahaya) kami". Umar berkata : "Bagaimana kamu bisa mengangkat seorang hamba sahaya?" Ia menjawab: "Ia sangat pandai membaca Kitabullah dan sangat faham tentang ilmu waris". Umar berkata: "Sesungguhnya Nabi SAW bersabda : kemudian beliau menyebutkan hadits diatas
3) Kemuliaan dan kegemilangan umat Islam diraih dengan cara berpegang teguh kepada agama dan melaksanakan hak-hak Kitab Sucinya. Jika umat ini berpaling darinya maka ia akan dikuasai oleh Umat lain yg akan mencabik2nya
Sumber : Syarah Riyadhus Shalihin - Hadits No.996
[ Syaikh Salim bin Ied Al-Hilali ]

Hadits Ketujuh :
"Dari Ibnu Umar ra. dari Nabi SAW bersabda : "Tidak boleh Hasad (iri) kecuali kepada dua orang; orang yang dikaruniai (hafalan) Al-Quran oleh Allah, lalu ia mengamalkannya (membacanya) sepanjang siang dan malam hari. Dan orang yang diberi harta oleh Allah, lalu ia menginfakkannya di waktu malam dan siang hari " [Muttafaq Alaih]

Kandungan Hadits :
1) Hasad atau dengki merupakan suatu penyakit yg sangat berbahaya dan harus dijauhi dan dihindari
2) Hasad terhadp hal-hal yg baik (ghibthah) merupakan tindakan terpuji, jika dimaksudkan utk kebaikan
3) Perintah utk berlomba-lomba berbuat kebaikan
4) Semua nikmat itu berasal dari Allah. Dan merupakan suatu kewajiban bagi penerima nikmat untuk memanjatkan puji syukur kepada-Nya yaitu dengan menempatkannya sesuai dengan yg diperintahkan pelimpahnya.
5) Keutamaan pembaca dan penghafal Al-Quran
6) Disunnahkan utk berinfak dan mengerahkan seluruh harta benda utk berbagai macam kebaikan selama hal itu tidak mengakibatkan keengsaraan bagi ahli waris atau menjadikan mereka meminta-minta kepada orang lain, dan lain sebagainya yg telah diharamkan oleh syariat.
Sumber : Syarah Riyadhus Shalihin - Hadits No.997
[ Syaikh Salim bin Ied Al-Hilali ]

Hadits Kedelapan :
"Dari Barra bin Azib ra ia berkata : Dahulu ada seorang membaca surat Al-kahfi, sementara d sisinya ada seekor kuda yg diikat dgn dua tali tambang, tiba-tiba ia dinaungi awan yg semakin mendekat kepadanya, sehingga kudanya lari ketakutan. Esok harinya iapun mendatangi Nabi SAW dan menceritakan kejadian tersebut, maka beliau SAW bersabda : " Itu adalah As-sakinah yg turun karena (dibacakan) Al-Qur'an [Muttafaq Alaih]

Kandungan Hadits :
1) Penjelasan mengenai keutamaan Surat Al-Kahfi
2) Sesungguhnya Allah SWT kadang-kadang memperlihatkan sebagian ayat-Nya kepada sebagian hamba-Nya, agar semakin menambah keimanan mereka
3) As-Sakinah (ketenangan) akan terus mendekat kepada para hamba tatkala mereka semakin banyak membaca Al-Qur'an dan bertambah kekhusyuan dan ketundukan kepada Allah Azza wa Jalla

Sumber : Syarah Riyadhus Shalihin - Hadits No.998
[ Syaikh Salim bin Ied Al-Hilali ]
(M. Dhiyaulhaq , M. Rif'at Syauqie dan Izza Moethiya Rahma )